Friday, October 26, 2018

Trip : KidZania KL, Jom daftar!


 (Edisi kemaskini pada 29 Oktober 2018)


Age Group : 7 - 12 tahun







"Abah, hujung minggu ni nak pergi mana"

"Nak pergi PTI, tapi fikirkan anak pula nak tinggal dekat siapa?"

"Anak saya tak nak tinggal di Nurseri sebab bosan katanya"

"Aduhai, apa lagi ya nak buat hujung minggu ini. Rasanya macam dah habis idea nak rangka aktiviti mereka. Dahlah anak cepat bosan, kita dah beli macam-macam mainan pun dia masih tak tahu nak buat apa"

"Macam mana nak bawa anak berjalan sedangkan Ibubapa nak pergi PTI"





Inilah antara persoalan dan dilema yang Ibubapa hadapi menjelang PTI. JK Nurseri ada solusi kepada persoalan ini. 

Jom daftarkan anak-anak 7-12 tahun ke Nurseri@Homestay Rahmah.
Mereka dapat mengikuti Lawatan ke KidZania dengan hanya tiket berharga RM20 sahaja!!! RM20!!! Harga asal di kaunter adalah RM85.
Istimewa buat anak-anak peserta PTI, tiket masuk hanya RM20 sahaja. Betul dengan hanya RM20 sahaja anak-anak boleh sertai Lawatan sambil belajar ini.

JK Nurseri akan membawa anak-anak ini menyelami dunia fantasi mereka di KidZania Kuala Lumpur. KidZania menawarkan lebih 100 aktiviti permainan berkaitan pekerjaan dan pendedahan menghadapi alam dewasa. Ibubapa dapat fokus dengan PTI, anak-anak pun seronok bereksplorasi di KidZania.

Boleh layari website KidZania KL untuk info lanjut berkaitan KidZania : https://www.kidzania.com.my/




JK Nurseri PTI 2018

Wednesday, October 24, 2018

HOMESTAY RAHMAH : Pendaftaran Dibuka!

(Edisi kemaskini pada 26 Oktober 2018)

Assalamualaikum wr wb,

Alhamdulillah, akhirnya satu kata sepakat telah dicapai oleh pihak penganjur berkenaan isu penjagaan anak-anak yang melebihi umur 2 tahun. Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Hasil perbincangan bersama melibatkan semua pihak berkepentingan, pada PTI kali ini, pihak Penganjur memutuskan untuk menyediakan konsep Nurseri@Homestay Rahmah untuk anak-anak 2 tahun hingga 12 tahun.

Homestay Rahmah

Konsep Nurseri@Homestay Rahmah ini akan mengambil lokasi berhampiran PICC. Ibubapa boleh menghantar dahulu anak-anak di Homestay sebelum mendaftar di PICC. Lokasi nya akan dikongsi bersama Ibubapa. 

Untuk makluman Ibubapa, kita sangat berbesar hati kerana mendapat tajaan sebahagian dari yuran nurseri sebanyak 40 % hingga 60 %. Bagi Ibubapa yang telah membuat bayaran penuh, kami akan memulangkan semula baki yuran tersebut. Ibubapa rebutlah peluang keemasan ini dengan mendaftar anak-anak pada link daftar yang telah disediakan. Pelbagai aktiviti menarik yang sedang dirangka untuk keseronokan anak-anak antaranya adalah Lawatan ke Kidzania. Maklumat lanjut akan di maklumkan kepada Ibubapa. 

Ibu bapa boleh mula membuat pendaftaran Nurseri pada 24 Oktober 2018.

Sasaran : 225 orang anak 
Umur : 2 tahun hingga 12 tahun.

Pendaftaran akan dibuka selama 12 hari bermula 24 Oktober 2018 jam 5.00 petang sehingga 4 November 2018 jam 11.59 malam.

Ibu/Bapa yang ingin menggunakan kemudahan Nurseri@Homestay Rahmah WAJIB mendaftar sebelum 4 November 2018 pada link berikut:

Pendaftaran Nurseri : bit.ly/nurseri_homestayrahmahPTI2018
Email maklumat bayaran ke : nurseri.ikram@gmail.com







Konsep Nurseri@Homestay Rahmah ini terhad kepada 225 anak-anak sahaja dan pendaftaran secara walk-in tidak di terima.

Pendaftaran untuk menggunakan kemudahan Konsep Nurseri@Homestay Rahmah ini adalah sangat penting supaya pihak kami dapat menyediakan dan menguruskan tempat supaya keseluruhan perlaksanaan berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
Puan Hajar : 013-3629690 atau Puan Sarah : 017-2588283

Maklumat susulan berkaitan nurseri akan diberikan melalui blog http://littlekhalifahikram.blogspot.com sila simpan link ini untuk rujukan.


Ibubapa juga akan di masukkan ke satu whatsapp broadcast seminggu sebelum tarikh program untuk makluman terkini mengenai program. "Group Wa - Ibubapa Homestay Rahmah PTI2018"

Jazakumullahu Khayran Kathira


Wassalam 


JK Nurseri PTI

Sunday, October 21, 2018

Anak berumur 2 - 12 tahun

JK Nurseri telah menerima aduan serta pelbagai cadangan membina dari ibubapa yang akan menghadiri PTI berkenaan penjagaan bagi anak-anak yang berumur 2 - 12 tahun yang akan dibawa semasa program. 

JK Nurseri telah ambil maklum perkara ini dan sedang pertimbangkan semua cadangan 
InshaAllah.

Nantikan hebahan seterusnya.

JK Nurseri PTI

Thursday, October 18, 2018

PANDUAN DAN PERSETUJUAN IBU BAPA / PENJAGA

(Edisi kemaskini pada 25 Oktober 2018)

(Untuk anak - anak berumur 2 bulan hingga 12 tahun)

Alhamdulillah pendaftaran untuk Nurseri pada hari ini 18 Oktober 2018 merupakan hari pertama pendaftaran, sejak dibuka bermula pada jam 8 pagi tadi. 

Panduan IbuBapa dan Penjaga ini telah diletakkan dalam borang pendaftaran atas talian. Berikut disertakan garis panduan penting yang disediakan oleh JK Nurseri PTI, untuk perhatian IbuBapa serta penjaga yang akan menggunakan kemudahan Nurseri semasa menghadiri PTI 2018.


(PARENT CONSENT) 

1. Ibubapa/penjaga hendaklah menyediakan segala barang keperluan seperti berikut :

     a) Baju salinan
     b) Lampin pakai buang secukupnya
     c) Keperluan tidur seperti alas tidur/comforter/bantal
     d) Bekalan makanan/minuman/susu
     e) Mainan bayi


2. Ibubapa/penjaga perlu MELABELKAN semua alatan anak-anak bagi mengelakkan tertukar atau hilang.

3. Makanan bayi (2 bulan hingga 24 bulan) tidak disediakan. Air panas untuk kegunaan penyusuan sahaja disediakan di dalam Ruang Nurseri. (Untuk Nurseri@PICC)

4. Ibubapa/penjaga hendaklah memastikan kanak-kanak di dalam keadaan bersih apabila tiba di bilik nurseri.
(Bersih: mandi, tukar lampin, berus gigi, basuh muka). Pakaian tidur tidak dibenarkan. Ibubapa/penjaga diminta memandikan anak-anak terlebih dahulu sebelum dihantar ke Nurseri. Ini adalah di bawah tanggungjawab Ibubapa/penjaga sendiri bukan pihak JK.

5. PENYAKIT BERJANGKIT: Ibubapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit (Cth: HFMD, Chickenpox, Measles(Campak), Difteria,Malaria,Demam Denggi) ke nurseri sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.

6. Mana-mana anak yang mengalami demam ringan, selesema dan sakit ringan yang tidak berjangkit adalah TIDAK DIGALAKKAN hadir ke tempat nurseri.

7. JK Nurseri TIDAK BOLEH dipertanggungjawabkan untuk memberi ubat kepada mana-mana anak sekiranya diarah berbuat demikian oleh ibubapa/penjaga.

8. Ibubapa/penjaga dinasihatkan agar tidak memakaikan/membawa barangan berharga pada anak-anak. Sebarang kehilangan dan/atau kerosakan pada peralatan/barangan peribadi yang dibawa adalah bukan di bawah tanggungjawab JK.

9. Ibubapa/penjaga hendaklah mengisi borang pendaftaran sebelum 4 November 2018 dan kepilkan bersama bukti bayaran selewat-lewatnya SATU (1) MINGGU SEBELUM tarikh program bagi tujuan pengurusan fasilitator, dan tempat program.

10. Bayaran penuh yuran pendaftaran bagi anak-anak yang didaftarkan hendaklah dibuat mengikut ketetapan yang dimaklumkan.

11. Ibubapa/penjaga yang telah mengisi borang dalam talian tetapi belum membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah dianggap TIDAK / BELUM MENDAFTAR. Hanya peserta dengan bukti pembayaran akan diterima penyertaan.

12. Ibubapa/penjaga yang tidak berdaftar melalui borang pendaftaran dan ingin menghantar anaknya pada hari program (walk-in), adalah TIDAK DITERIMA.

13. IbuBapa/penjaga yang ingin menarik diri dan membatalkan penyertaan boleh memaklumkan kepada JK Nurseri 3 hari sebelum program iaitu; sebelum 14 November jam 11.59 malam. Pemulangan yuran akan dilakukan 2 minggu selepas program berlangsung.

14. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan, sekiranya IbuBapa/penjaga membatalkan penyertaan dalam tempoh 3 hari sebelum program berlansung iaitu; selepas 14 November jam 11.59 malam.

15. IbuBapa/penjaga yang ingin menarik diri digalakkan mencari pengganti. Penggantian penyertaan boleh dilakukan dan dimaklumkan kepada JK Nurseri 3 hari sebelum program atau semasa hari kejadian.

16. Dengan mengisi borang ini, IbuBapa/penjaga kepada anak adalah dianggap telah membaca, memahami serta bersetuju dengan segala peraturan yang telah dinyatakan di atas.


JK Nurseri PTI 2018

Wednesday, October 17, 2018

NURSERI PTI 2018 : Pendaftaran Dibuka!

(Edisi kemaskini pada 26 Oktober 2018)

Assalamualaikum wr wb,


Alhamdulillah, marilah sama sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat kehidupan untuk menghirup udara milik Allah ini. Semoga kita semua sentiasa berada dalam nikmat islam, iman dan dalam Rahmat Allah yang tidak putus-putus. Insya Allah, 30 hari lagi, kita bakal bertemu sekali lagi dalam program Perhimpunan Tahunan IKRAM yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 17 November 2018 di PICC, Putrajaya.

Ruang Nurseri

Untuk makluman Ibu/bapa semua, pada PTI kali ini, Penganjur memutuskan untuk menyediakan konsep Nurseri untuk umur 2 bulan hingga 2 tahun sahaja, dan tiada perkhidmatan Ruang Keluarga Rahmah (RKR) disediakan atas beberapa faktor seperti berikut :

1. Fokus - Memberi keutamaan kepada ibu supaya fokus dengan program.
2. Live streaming - Kos yang tinggi diperlukan untuk mengendalikan live streaming di ruang RKR.
3. Penyusuan Ibu - Bayi bawah umur 2 tahun lebih memerlukan perhatian rapi ibu.
4. Tempat - Kemudahan tandas yang sedia ada tidak sesuai untuk pengendalian kanak-kanak.
5. Makanan - Kos makanan anak-anak 2-12 tahun yang tinggi dan hanya boleh menggunakan catering PICC sahaja. Peraturan PICC tidak membenarkan penyediaan makanan buffet sendiri.

Penganjur PTI tidak membenarkan anak-anak berada dalam Dewan Utama semasa program berlangsung. Disebabkan ini, JK Nurseri menyediakan nurseri sebagai kemudahan Ibu/bapa yang mempunyai anak yang dibawah umur 2 tahun.

Satu tag pengenalan untuk ibu dan pelekat nama anak akan disediakan. Sebarang pergerakan keluar masuk Ruang Nurseri hendaklah menggunakan tag nama yang diberi. Sesiapa yang tidak mempunyai tag tidak akan dibenarkan masuk ke Ruang Nurseri.

Sasaran : 150 orang anak
Umur : 2 bulan hingga 2 tahun.

Kerjasama Ibu/bapa sangat-sangat diharapkan untuk bersama-sama menjayakan perlaksanaan konsep nurseri semasa program ini berlangsung.

Pendaftaran akan dibuka selama 18 hari bermula 18 Oktober 2018 jam 8.00 pagi sehingga 4 November 2018 jam 11.59 malam.

Ibu/Bapa yang ingin menggunakan kemudahan Nurseri WAJIB mendaftar sebelum 4 November 2018 pada link berikut:

Pendaftaran Nurseri : bit.ly/daftar_nurseriPTI2018
Email maklumat bayaran ke : nurseri.ikram@gmail.com




Nurseri ini terhad kepada 150 anak-anak sahaja dan pendaftaran secara walk-in tidak di terima.

Pendaftaran untuk menggunakan kemudahan Nurseri ini adalah sangat penting supaya pihak kami dapat menyediakan dan menguruskan tempat supaya keseluruhan perlaksanaan berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
Puan Hajar : 013-3629690 atau Puan Sarah : 017-2588283

Maklumat susulan berkaitan nurseri akan diberikan melalui blog http://littlekhalifahikram.blogspot.com sila simpan link ini untuk rujukan.

Ibubapa juga akan di masukkan ke satu whatsapp broadcast seminggu sebelum tarikh program untuk makluman terkini mengenai program. "Group Wa - Ibubapa Nurseri PTI2018"

Jazakumullahu Khayran Kathira


Wassalam


JK Nurseri PTI 2018